Kelas Celik IT Rakyat Kelantan

3 September 2020 | Aktiviti Terkini

Dunia teknologi kian berkembang pesat segalanya bermula dihujung jari sahaja dan realitinya rakyat perlu celik terumatanya dalam pengetahuan pada masa kini. Kelas Celik IT Rakyat Kelantan ini berteraskan untuk memberi pendedahan suntingan kepada peserta dalam industri pengiklanan. Selain itu, Peserta diajar cara suntingan dan item di dalam Adobe Photoshop.

Menurut salah seorang peserta mengakui kelas ini sangat memberi manfaat kepada dirinya dalam mengetahui fungsi tools yang ada di Adobe Photoshop serta penghasilan poster atau iklan yang lebih baik dan menarik.

Kelas ini anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelantan ICT Gateway dengan kerjasama Pusat Internet Kg Chengal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas